Berita UtamaDunia

Kedutaan Afghanistan di India masih beroperasi: MEA

Menteri nafi kerajaan tidak beri sokongan kepada kedutaan

NEW DELHI, 20 Rabiulawal 1445H, Jumaat – Kementerian Luar India berkata Kedutaan Afghanistan di negaranya masih beroperasi meskipun ia mengeluarkan kenyataan akan menutup operasi awal bulan ini.

Minggu lalu, kedutaan berkenaan mengumumkan akan menghentikan operasi di India mulai 1 Oktober, menyenaraikan beberapa dakwaan termasuk tidak menerima sokongan daripada kerajaan India hari ini.

Bagaimanapun, jurucakap Menteri Luar India, Arindam Begchi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dilemparkan.

“Dalam pengetahuan kami Kedutaan Afghanistan di New Delhi berfungsi dan masih menjalankan fungsinya. Kami masih berhubung dengan diplomat Afghanistan yang berada di kedutaan itu serta diplomat Afghanistan yang berada di konsulat di Mumbai dan Hyderabad.

“Bagaimanapun, kami menerima makluman minggu lepas kononnya daripada kedutaan, menyatakan bahawa ia bercadang untuk mengakhirkan operasi pada akhir September.

“Sudah tentu, keputusan seperti itu adalah perkara dalaman sesebuah negara. Walau bagaimanapun, kami telah mengambil perhatian bahawa konsulat jeneral Afghanistan di Mumbai dan di Hyderabad menyuarakan bantahan mereka terhadap keputusan itu atau keputusan sedemikian,” katanya.

Kedutaan berkenaan diterajui Duta Farid Mamundzay yang dilantik oleh pentadbiran Ashraf Ghani sebelum kerajaan tumbang pada Ogos 2021 apabila Taliban mengambil alih Kabul.

Walaupun kedutaan ditutup, konsulat Afghanistan di Mumbai akan terus beroperasi.

Afghanistan juga mempunyai konsulat di bandar Hyderabad yang dibuka pada Januari 2020.

India sehingga kini tidak mengiktiraf kerajaan sementara Taliban walaupun telah membenarkan Duta Besar dan kakitangan misi yang dilantik oleh kerajaan terdahulu, Asfraf Ghani – mengeluarkan visa dan mengendalikan urusan.

Sementara itu, Bagchi berkata bahawa kerajaan sedang melanjutkan visa kepada warga Afghanistan yang tidak dapat pulang ke negara mereka. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button