Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Peneroka haram Israel serbu Masjid Al-Aqsa sempena cuti Sukkot

Palestin gesa campur tangan antarabangsa hentikan provokasi, serangan

BAITULMAQDIS, 20 Rabiulawal 1445H, Jumaat – Ratusan peneroka haram Israel menyerbu masuk ke kompleks Masjid Al-Aqsa di Timur Baitulmaqdis pada hari kelima cuti Yahudi, Sukkot.

Sukkot ialah cuti selama seminggu bermula pada 29 September hingga 6 Oktober, mengakhiri musim cuti Yahudi yang bermula dengan sambutan Rosh Hashanah (Tahun Baru) iaitu pada 15 September.

Menurut Jabatan Wakaf Islam dalam satu kenyataan, sekurang-kurangnya 240 peneroka haram memasuki tapak itu di bawah perlindungan polis Israel.

Mereka menyerbu kompleks itu secara berkumpulan melalui Pintu Al-Mughrabi di bahagian barat Masjid Al-Aqsa, kata saksi.

Sebelum ini, Pihak Berkuasa Palestin (PA) menerusi Kementerian Hal Ehwal Baitulmaqdis menggesa campur tangan antarabangsa untuk menghentikan serangan peneroka haram ke atas Masjid Al-Aqsa.

“Kami memperbaharui gesaan untuk antarabangsa segera campur tangan untuk menghentikan pelanggaran peneroka, provokasi dan serangan ke atas Masjid Al-Aqsa,” katanya.

Pada masa sama, kementerian itu turut menyeru semua pihak menghormati status quo sejarah dan undang-undang masjid itu, dan tidak membiarkan kerajaan ekstrem kanan Israel melaksanakan rancangan judaisasinya.

Sekurang-kurangnya 4,551 peneroka telah menyerbu kompleks itu sejak Ahad, menurut data Jabatan Wakaf Islam.

Polis Israel mula membenarkan pencerobohan peneroka ke dalam kompleks Masjid Al-Aqsa pada 2003, walaupun dikecam berulang kali oleh rakyat Palestin. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button