Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Israel tutup Tebing Barat, lintasan Gaza sempena cuti Yahudi

Hanya benarkan kes perubatan lalui pusat pemeriksaan

RAMALLAH, 21 Rabiulawal 1445H, Sabtu – Pihak berkuasa Israel menutup sepenuhnya wilayah Palestin selama dua hari sempena cuti Yahudi, Simchat Torah.

Penyelaras Aktiviti Kerajaan di Wilayah, Ghassan Alyan berkata, penutupan itu sepenuhnya di Tebing Barat, termasuk lintasan Gaza ketika cuti Simchat Torah.

Ia dibuat berdasarkan penilaian keselamatan dan arahan peringkat politik, bermula tengah malam Khamis dan berakhir tengah malam Sabtu.

Tentera Israel mendakwa, sepanjang tempoh itu, pihaknya hanya membenarkan kes perubatan dan kemanusiaan melalui pusat pemeriksaan dengan syarat memiliki kelulusan awal.

Penutupan Israel adalah yang ketiga dalam tempoh kurang daripada sebulan, membabitkan cuti Tahun Baru Yahudi (18 September) dan 29 September untuk cuti Sukkot.

Ketika cuti Yahudi, protes mungkin berlaku antara penduduk Palestin dan peneroka haram Israel yang biasanya menyerbu kompleks Masjid Al-Aqsa di Timur Baitulmaqdis dan melakukan ritual provokasi di tapak suci umat Islam itu.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button