Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Malaysia bimbang situasi di Palestin, gesa PBB adakan mesyuarat tergempar

Tuntut Israel hentikan keganasan, lindungi nyawa orang awam

 

KUALA LUMPUR, 22 Rabiulawal 1445H, Ahad – Punca kepada serangan terbaharu di Semenanjung Gaza perlu dikenal pasti, kata Kerajaan Malaysia.

“Rakyat Palestin telah berdepan pendudukan haram yang berpanjangan, sekatan dan penderitaan.

“…ia termasuk penodaan Al-Aqsa serta rampasan politik oleh Israel sebagai penjajah,” kata Kementerian Luar Negeri (KLN) dalam satu kenyataan, hari ini.

KLN berkata, Malaysia bimbang dengan keganasan terbaharu di Timur Tengah itu dan menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.

KLN berkata, rakyat Palestin mempunyai hak undang-undang untuk hidup dalam keadaan aman yang diiktiraf di peringkat antarabangsa sebelum 1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Kementerian itu juga berkata, rakyat Palestin mempunyai hak untuk kembali ke rumah mereka dan mendapatkan harta benda yang telah dirampas.

“Seharusnya tidak ada layanan yang tidak seimbang dan hipokrit dalam menangani mana-mana rejim yang mengamalkan apartheid.

“Bahkan ia secara terang-terangan melanggar hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa.

“Majlis perlu segera mengadakan Sesi Mesyuarat Tergempar untuk menuntut semua pihak menghentikan keganasan serta melindungi nyawa orang awam yang tidak bersalah,” kata kementerian itu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button