Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

MUIS seru umat Islam hulur bantuan kepada pejuang Palestin

Mereka wakil umat Islam berjihad kembalikan hak dirampas

BANGI, 22 Rabiulawal 1445H, Ahad – Majlis Ulama ISMA (MUIS) menyeru semua pemimpin negara Islam dan umatnya menghulurkan bantuan kepada perjuangan Mujahidin Palestin.

Pengerusinya, Datuk Ustaz Haji Zamri Hashim meminta umat Islam seluruh berdoa supaya Allah SWT memberikan kemenangan kepada para mujahidin dalam siri pertembungan kali ini.

“Mereka hakikatnya adalah wakil-wakil umat Islam meneruskan medan jihad, mengembalikan hak-hak mereka dan hak umat Islam yang dirampas.

“Mereka adalah pejuang yang menyelamatkan harga diri dan maruah umat Islam selama ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada pagi 7 Oktober, Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) melakukan serangan besar-besaran ke atas Israel yang hampir tidak pernah berlaku dalam skala dan skopnya. 

Hamas melancarkan roket dari Gaza dan menyusup masuk ke seluruh sempadan, di mana mereka terlibat dalam pertempuran di tujuh lokasi berbeza di selatan Israel.

Tentera Israel mendakwa, sekurang-kurangnya 26 askarnya telah terbunuh dalam serangan tersebut.

Menurut Hamas, serangan itu adalah tindak balas terhadap penghinaan berulang oleh peneroka haram Israel yang menceroboh Masjid al-Aqsa, Baitulmaqdis.

Dalam pertempuran kali ini, 256 penduduk Palestin termasuk 20 kanak-kanak terkorban dalam serangan Israel, manakala 1,788 termasuk 121 kanak-kanak dilaporkan cedera.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button