Berita Utama

Jawi gesa masjid, surau solat hajat untuk Palestin

Doa keselamatan rakyat Palestin akibat serangan Israel

BANGI, 23 Rabiulawal 1445H, Isnin – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menggesa masjid, surau Jumaat dan surau di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan melaksanakan solat hajat dan bacaan Qunut Nazilah, malam ini.

Saranan itu khusus untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin susulan tragedi serangan tentera Israel di Semenanjung Gaza.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya serangan tidak bertanggungjawab dan kezaliman berterusan yang hanya mengakibatkan kemusnahan harta benda dan kehilangan banyak nyawa.

“Sesungguhnya doa dan munajat yang dipanjatkan ke hadrat Allah SWT adalah lambang solidariti berpanjangan umat Islam untuk keamanan rakyat Palestin,” menurut Jawi dalam kenyataan, hari ini.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 413 rakyat Palestin, termasuk 78 kanak-kanak dan 41 wanita terkorban selepas Gaza dihujani serangan udara pengganas Israel.

Serangan itu turut mengakibatkan 2,300 kecederaan, termasuk 213 kanak-kanak dan 140 wanita.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button