Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Netanyahu resah, isytihar perang ‘panjang’ terhadap Palestin

Angka kematian warga Israel sudah melebihi 700 orang

TEL AVIV, 23 Rabiulawal 1445H, Isnin – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengisytiharkan perang ‘panjang dan sukar’ terhadap rakyat Palestin apabila jumlah kematian penduduknya kini mencecah 700 orang.

Ia susulan serangan mengejut oleh Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) yang melancarkan operasi Taufan al-Aqsa sebagai tindak balas kekejaman dan penindasan rejim Israel terhadap rakyat Palestin. 

Menurut laporan media Israel, terkini angka kematian Israel akibat serangan Hamas melebihi 700 orang.

Mayat ditemui ketika tentera pengganas Israel terus berperang dengan pejuang Hamas, yang telah menyusup masuk ke penempatan haram Yahudi berhampiran sempadan Gaza.

Antara yang maut ialah berpuluh-puluh askar dan polis Israel yang terbunuh dalam pertempuran dengan pejuang Hamas.

Kementerian Kesihatan Israel juga mengesahkan bahawa jumlah yang cedera di hospital telah mencecah 2,048, termasuk 20 dalam keadaan kritikal dan 330 cedera parah.

Terdapat kira-kira 700 warga Israel yang cedera dirawat di Pusat Perubatan Soroka di Beersheba.

Angka kematian baharu itu berlaku apabila tentera Israel mahu memindahkan semua warga Israel yang tinggal berdekatan dengan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam kerana telah mengerahkan beribu-ribu askar ke kawasan itu.

Pejabat Netanyahu mengumumkan bahawa Kabinet mengundi malam tadi untuk mengisytiharkan Israel secara rasmi berperang, dan pihaknya boleh menjalankan ‘aktiviti ketenteraan yang penting.’

“Keputusan itu, diumumkan pada hari Ahad, secara rasmi membenarkan langkah-langkah ketenteraan yang penting diambil,” katanya dalam satu kenyataan.

Netanyahu memberi amaran menentang perang ‘panjang dan sukar’ akan datang selepas pejuang Palestin melancarkan operasi mengejut besar-besaran.

Netanyahu turut menyertai ketua tentera udaranya Tomer Bar di pangkalan tentera Kirya di Tel Aviv ketika pesawat Israel melakukan serangan ke atas Semenanjung Gaza.

Pemimpin pengganas itu juga berkata, Israel akan berhenti membekalkan elektrik, bahan api dan barangan ke Gaza.

Sebilangan besar Gaza sudah bergelap selepas bekalan elektrik dari Israel terputus. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button