137,000 penduduk Gaza berlindung di sekolah
704 syahid termasuk 143 kanak-kanak dan 105 wanita

GAZA, 24 Rabiulawal 1445H, Selasa – Lebih 137,000 penduduk Gaza kini berlindung di 83 buah sekolah, lapor Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA).
Sehingga kini setengah juta penduduk di Gaza tidak dapat menerima bantuan makanan berikutan agensi itu terpaksa menutup semua 14 pusat pengedaran makanan.
Dalam perkembangan semasa, Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza berkata, serangan udara Israel menyasarkan empat ambulans di bandar Khan Younis.
Rejim haram Israel terus melancarkan serangan udara dengan menyasarkan pelbagai wilayah di semenanjung Gaza.
Kementerian Kesihatan yang berpangkalan di Gaza berkata, jumlah rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel di Gaza telah meningkat kepada 704, termasuk 143 kanak-kanak dan 105 wanita.
Malah, jumlah yang cedera meningkat kepada 4,000. – Agensi