Berita UtamaDunia

Himpunan solidariti di London sokong rakyat Palestin

Desak Eropah, British henti sokong xenofobia perkauman Israel

LONDON, 24 Rabiulawal 1445H, Selasa – Satu demonstrasi besar menyokong rakyat Palestin di Gaza diadakan di London pada malam Isnin.

Peserta himpunan berkumpul di luar Kedutaan Israel di ibu negara bagi menuntut penamatan penjajahan Israel di Palestin.

Himpunan itu dianjurkan beberapa kumpulan UK termasuk yang pro-Palestin, antaranya Friends of Al-Aqsa (FOA), Kempen Solidariti Palestin, Hentikan Perang, Kempen untuk Perlucutan Senjata Nuklear, Persatuan Muslim Britain dan Forum Palestin di Britain.

Pengasas FOA, Dr Ismail Patel berkata, pihaknya berkumpul di London bagi menyatakan rakyat Palestin mesti bebas dan Israel perlu menamatkan pendudukan.

“(Dan) kami akan berdiri bersama rakyat Palestin sehingga mereka bebas.

“Kerajaan Eropah dan kerajaan British mesti berhenti menyokong xenofobia perkauman Israel terhadap Palestin,” katanya.

Israel memperhebat serangan bom ke atas Semenanjung Gaza pada Isnin, berikrar untuk memusnahkan keupayaan tentera dan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) di kawasan itu, tatkala askar Israel berusaha mengusir lelaki bersenjata Gaza dari kawasan selatan Israel.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button