Waspada taktik ‘scammer’ guna tandatangan palsu CEO TNB
Kongsi maklumat supaya orang ramai tak terpedaya taktik surat palsu

BANGI, 25 Rabiulawal 1445H, Rabu – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesan taktik baharu penipuan menggunakan logo, surat dan tandatangan palsu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Baharin Din untuk memperdaya mangsa.
Justeru, TNB mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dan jangan terpedaya dengan taktik baharu ‘scammer’ ini.
“TNB dan pihak berkuasa mengesan taktik terbaharu yang digunakan ‘scammer’ bagi memperdayakan mangsa dengan menggunakan surat palsu, yang mempunyai logo dan tandatangan palsu CEO TNB.
“Kami berharap agar orang ramai berkongsi maklumat ini bersama masyarakat di sekeliling supaya tidak terpedaya dengan taktik surat palsu ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
TNB turut meminta orang ramai mendapatkan pengesahan yang sahih untuk sebarang maklumat menerusi talian TNB Careline di 1-300-88-5454 atau Facebook @TNBCareline dan di laman X, @Tenaga_Nasional.