Berita Utama

Kerajaan salur bantuan RM10 juta bantu warga Palestin

Akan pastikan semua GLIC, GLC dan syarikat-syarikat swasta kumpul dana

KUALA LUMPUR, 27 Rabiulawal 1445H, Jumaat – Kerajaan akan memberi bantuan kepada warga Palestin termasuk menyediakan dana sebanyak RM10 juta untuk tujuan tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya dengan ini memutuskan semalam Menteri Luar menyebut dana awal RM1 juta saya tambah permulaan dana dari kerajaan RM10 juta.

“…dan saya akan pastikan semua GLIC (Syarikat Pelaburan Kerajaan), GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan) dan syarikat-syarikat swasta cuba mengumpulkan bersama rakyat dengan dana awal sekurang-kurangnya RM100 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI bertemakan ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’ di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar berkata ini kerana perkembangan mutakhir di Semenanjung Gaza bertambah gawat tatkala Israel kini telah mengepung warga Gaza dan Israel secara ganas dan biadab ingin menghalau mereka ke selatan semenanjung tersebut.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button