Berita Utama

Kerajaan setuju teruskan semula bina lima stesen LRT3

Tambah baik jaringan pengangkutan awam di Lembah Klang

KUALA LUMPUR, 27 Rabiulawal 1445H, Jumaat – Kerajaan bersetuju untuk meneruskan semula cadangan pembinaan lima stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3) yang dibatalkan sebelum ini dengan kos sebanyak RM4.7 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, lima buah stesen tersebut ialah stesen Tropicana, Raja Muda, Temasya, Bukit Raja dan Bandar Botanik.

“Pengekalan stesen-stesen ini dijangka melengkapi dan menambah baik jaringan pengangkutan awam di Lembah Klang yang bakal memanfaatkan dua juta penduduk.

“Anggaran awal, LRT Pulau Pinang ke Seberang Perai seperti yang dirancang kerajaan negeri berjumlah RM10 bilion menurut kaedah kerjasama awam-swasta,” katanya dalam ucapan pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini.- Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button