Berita Utama

Intipati Belanjawan 2024

Langkah reformasi percukaian perluas asas hasil negara tahun depan

KUALA LUMPUR, 28 Rabiulawal 1445H, Sabtu – Berikut ialah inti pati Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Parlimen, semalam.

Belanjawan 2024 bertemakan ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’, adalah belanjawan kedua yang dibentangkan oleh Anwar sejak menjadi Perdana Menteri pada 24 November 2022.

  • Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi tahun 2023 diunjurkan semula kepada 4.0 peratus
  • Bagi 2023, anggaran hasil yang disemak semula ialah RM303.2 billion berbanding RM291.5 bilion
  • Kerajaan yakin capai pertumbuhan hampir 5.0 peratus dengan pelaksanaan pembaharuan Ekonomi Madani
  • Defisit fiskal 2024 diunjur berkurang kepada 4.3 peratus berbanding 5.0 peratus sasaran pada tahun ini dan 5.6 peratus pada 2022
  • Sejumlah RM303.8 bilion diperuntukkan untuk belanja mengurus, RM90 billion bagi belanja pembangunan dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka
  • Penambahan siling sebanyak RM15 bilion bagi RMKe-12 menjadikan jumlah keseluruhan bagi tempoh lima tahun sebanyak RM415 bilion
  • Beberapa langkah reformasi percukaian akan dilaksanakan untuk meluaskan asas hasil negara pada tahun depan
  • Kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar cukai perkhidmatan kepada 8.0 peratus berbanding 6.0 peratus sekarang
  • Kerajaan akan menguatkuasakan pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus mulai 1 Mac 2024
  • Kerajaan mengamalkan pendekatan fiskal yang mengembang, pada masa sama bertanggungjawab mengurangkan defisit fiskal secara berperingkat
  • Malaysia akan mencapai defisit fiskal 3.0 peratus atau lebih rendah berbanding KDNK seperti mana penanda aras ditetapkan dalam Kerangka Ekonomi Madani
  • Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Tinggi pada kadar 5.0 peratus hingga 10.0 peratus ke atas barang bernilai tinggi
  • Kerajaan dijangka melaksanakan cukai minimum global pada tahun 2025 dan hanya terpakai kepada syarikat yang mempunyai pendapatan global sekurang-kurangnya 750 juta Euro
  • Kerajaan bersetuju untuk menguatkuasakan e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos, 2024
  • Hasil penjimatan subsidi sebahagiannya akan disalurkan terus untuk meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion
  • Kerajaan sasar kedudukan 20 teratas bagi Ekosistem Syarikat Pemula Global menjelang 2030, selain menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab industri digital dan syarikat pemula bagi rantau Asia Tenggara
  • Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM28 juta bagi membangunkan platform MYStartup
  • Kerajaan akan membuka kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian, Perak Utara bagi membina ekosistem lebih luas untuk kluster elektrik dan elektronik (E&E) di wilayah utara
  • MITI dan MIDA bertangggungjawab memudahkan urusan pelaburan FDI dan DDI bermula daripada permohonan sehingga pelaburan direalisasikan
  • GLC dan GLIC menyediakan dana sehingga RM1.5 bilion untuk menggalakkan syarikat pemula termasuk usahawan PKS bumiputera menceburi bidang HGHV
  • Kerajaan memperuntukkan RM100 juta kepada MyCIF bagi tempoh tiga tahun
  • Kerajaan sedia RM28 juta bagi membangunkan platform MYStartup
  • Persidangan Antarabangsa mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF2023) akan dianjurkan pada Disember 2023 sebagai usaha mempelopori peralihan kepada sistem kewangan Islam yang lebih syumul (menyeluruh dan sempurna)
  • GLC dan GLIC menyediakan dana sehingga RM1.5 bilion untuk menggalakkan syarikat pemula termasuk usahawan PKS bumiputera menceburi bidang HGHV
  • BNM, institusi kewangan Islam sedang memajukan program rintis pelaburan berimpak melalui Akaun Pelaburan (IA) yang lebih meluas
  • Kerajaan menyediakan sebanyak RM20 juta bagi merancakkan kajian serta kreativiti dan inovasi ekonomi Islam
  • Malaysia kekal pada kedudukan pertama dalam keseluruhan Indikator Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) global untuk 10 tahun berturut-turut
  • Kerajaan cadang pengecualian cukai pendapatan ke atas pendapatan yang terbit daripada Jualan dan Belian Sekuriti Islam (ISSB) mulai tahun taksiran 2024
  • Kerajan menyediakan dana pembiayaan sebanyak RM100 juta bagi gerakan koperasi melalui Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia
  • Kerajaan cadang pengecualian cukai pendapatan sepenuhnya selama lima tahun kepada entiti Labuan yang menjalankan aktiviti perdagangan berkaitan kewangan Islam bagi menyokong pembangunan IBFC
  • Kerajaan akan memendekkan tempoh memproses pensijilan Halal daripada 51 hari kepada 30 hari
  • Sembilan institusi kewangan tawar program khusus untuk PKS Halal selaras dengan Pelan Induk Industri Halal 2030
  • Kerajaan memperuntukkan dana tambahan i-TEKAD sehingga RM25 juta secara geran padanan dengan institusi kewangan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai usahawan
  • Kerajaan menyediakan peruntukan sehingga 10 peratus daripada jumlah NIMP 2030 sebagai pemangkin, dana permulaan bagi 2024 sebanyak RM200 juta
  • NIMP sasar jumlah pelaburan keseluruhan sebanyak RM95 bilion, disamping 3.3 juta peluang pekerjaan dengan gaji penengah sehingga RM4,510 sebulan menjelang 2030
  • Institusi kewangan pembangunan akan distruktur semula melalui penggabungan Bank Pembangunan Malaysia, SME Bank dan Exim Bank
    Kerajaan berhasrat merasionalisasi subsidi secara berfasa
  • Pendekatan subsidi bersasar telah menjimatkan lebih RM4.6 bilion daripada unjuran subsidi elektrik sebanyak RM20 bilion
  • BNM dan sektor kewangan sedang membangunkan Portal Fraud Kebangsaan yang dijangka siap menjelang pertengahan 2024
  • Kerajaan akan memperkukuh persekitaran modal teroka melalui pemusatan agensi modal seperti Penjana Kapital dan MAVCAP di bawah Khazanah Nasional Bhd
  • Kerajaan cadang PIPC dijadikan hab pembangunan sektor kimia, petrokimia dengan pemberian pakej galakan cukai dalam bentuk kadar cukai khas, elaun cukai pelaburan
  • Nilai keseluruhan pinjaman, jaminan pembiayaan yang tersedia untuk manfaat usahawan PMKS berjumlah sehingga RM44 bilion pada tahun depan
  • Kerajaan menyediakan kemudahan pinjaman kecil dengan dana keseluruhan sebanyak RM2.4 bilion di bawah BNM, BSN, TEKUN
  • Kerajaan saran majikan swasta kaji kesesuaian saraan, ganjaran kepada pekerja, mengambil kira cabaran kos sara hidup semasa
  • Kerajaan akan menambah Skim Jaminan Kredit Perumahan sehingga RM10 bilion untuk SJKP bagi memanfaatkan 40,000 peminjam
  • Sebanyak RM2.47 bilion disediakan untuk melaksanakan projek perumahan rakyat bagi tahun 2024
  • Anggaran awal LRT Pulau Pinang ke Seberang Perai berjumlah RM10 bilion
  • Kerajaan peruntuk RM60 juta bagi CyberSecurity untuk bangun Rangka Kerja Pengujian Keselamatan Siber 5G, kepakaran tempatan terhadap teknologi siber
  • Prasarana Malaysia Bhd setuju untuk memperoleh 150 bas elektrik dan membina tiga depoh bas dengan kos RM600 juta bagi menyokong keperluan projek LRT3
  • RM2.4 bilion disediakan kepada FELDA, FELCRA dan RISDA untuk merancakkan aktiviti agrikomoditi dan tingkatkan sosioekonomi pekebun kecil
  • Kerajaan sedia lanjut tempoh tawaran program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) sehingga 31 Dis 2024 bagi menggalakkan lebih ramai memasang panel di premis kediaman
  • Sejumlah RM510 juta tersedia sebagai dana penyelidikan dan pembangunan (R&D) di bawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi serta Kementerian Pendidikan Tinggi.- Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button