Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Jangan politikkan Belanjawan 2024

Bajet dibentang Anwar lebih baik banding tahun sebelumnya

GUA MUSANG, 28 Rabiulawal 1445H, Sabtu – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Belanjawan 2024 yang dibentangkan semalam tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata, belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan semalam adalah lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.

“Perancangan jangka panjang ada dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan ada kajian separuh penggal, malah Kementerian Ekonomi juga sedang menyusun pelbagai perancangan.

“Jangan dilihat belanjawan bagi satu-satu tahun ini sebagai belanjawan dalam konteks keperluan semasa sahaja, tetapi juga harus dilihat untuk jangka pendek dan jangka sederhana,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Taman Etnobotani, di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, apa yang telah ditekankan Perdana Menteri, sudah dicerakinkan dengan cukup komprehensif dan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI mengambil kira semua golongan masyarakat.

“Saya fikir belanjawan ini lebih baik daripada belanjawan-belanjawan sebelum itu,” katanya.- Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button