Berita Utama

Bantuan Awal Persekolahan disalur mulai Januari depan

Bayaran diagih kepada murid secara tunai atau kredit

BANGI, 1 Rabiulakhir 1445H, Isnin – Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan disalurkan kepada sekolah bermula bulan Januari 2024.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, bayaran itu akan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.

“KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa dan penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Belanjawan 2024 memperuntukkan RM788,130,000 khusus untuk BAP dan diberikan RM150 kepada setiap murid secara ‘one-off’ (sekali bayar).

Bantuan itu akan memberi manfaat kepada seramai 5,254,200 orang murid di seluruh negara.

Dalam pada itu, KPM menasihati orang ramai untuk merujuk laman web khas Belanjawan 2024 Malaysia MADANI yang disediakan oleh Kementerian Kewangan bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai Belanjawan 2024.

Laman web ini boleh diakses menerusi pautan https://belanjawan.mof.gov.my/ms/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button