Artikel KhasBerita UtamaIstimewa

ISMA seru umat sertai perang pembebasan Palestin

Isytihar sertai perjuangan pembebasan Palestin, Masjid Al-Aqsa dengan apa sahaja cara termampu

1. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mengikuti perkembangan terkini di Palestin dari dekat dan dengan penuh prihatin.

2. Situasi terkini peperangan Palestin-Israel berpunca daripada tindakan Israel menceroboh Masjid Al-Aqsa, membunuh, memenjara dan mengusir rakyat Palestin secara berterusan sejak 75 tahun yang lalu, dan kini mencapai kemuncaknya ingin menghapuskan Palestin dari peta dunia.

3. Tindakan Gerakan Perjuangan Islam Palestin (HAMAS) melalui sayap askarnya melakukan tindak balas dengan melancarkan perang Taufan Al-Aqsa adalah tindakan yang adil bagi menghentikan segera keganasan Israel, membebaskan bumi Palestin dari penjajahan yang zalim.

4. Serangan balas Israel mengepung Gaza dan mengebom rakyat awam adalah bukti sifat pengecut dan bacul, gagal, brutal dan tidak berperikemanusiaan Israel.

5. Perbuatan Israel memotong bekalan air, elektrik, internet dan menyekat bantuan dari sampai ke Gaza, sehingga menyebabkan krisis kemanusiaan buat lebih dua juta rakyat Palestin yang tidak bersalah, merupakan perlakuan yang terkutuk.

6. Peperangan Hamas dan Israel ini dijangka panjang dan berlarutan. Umat Islam diseru untuk menyertai perang pembebasan Palestin melalui pelbagai cara dengan berkesan.

7. Saya mendesak kerajaan, khususnya Kementerian Luar Negeri, supaya menzahirkan keprihatinan terhadap isu Palestin dengan menggerakkan usaha di peringkat dunia Islam dan antarabangsa supaya bantuan kemanusiaan dapat masuk ke Gaza dengan apa jua cara. Ini adalah tanggungjawab bersama negara-negara Islam.

8. Saya juga menyeru seluruh umat Islam agar maju selangkah ke hadapan mengisytiharkan penyertaan dalam perjuangan pembebasan Palestin dan Masjid Al-Aqsa dengan apa sahaja cara yang termampu.

9. Marilah sama-sama berdoa dan bermunajat kepada Allah S.W.T agar memberikan kekuatan dan kesabaran kepada penduduk Gaza dalam menghadapi kesulitan dan kezaliman ini.

10. Saudara Palestin adalah sebahagian daripada kita dan kita adalah sebahagian daripada mereka. Dendam akan terus mengalir dalam darah kita atas kezaliman dan kematian yang menimpa anak-anak, ibu ayah dan saudara mara kita di sana.

Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman
Amir Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
16 Oktober 2023

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button