Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Timbunan sampah luar hospital Gaza berisiko bawa masalah lebih serius

Ribuan rakyat Palestin berteduh di hospital selepas serangan bertalu-talu rejim pengganas Zionis

GAZA, 1 Rabiulakhir 1445H, Isnin – Timbunan sampah dalam plastik hitam di luar Hospital AL-Shifa di tengah Gaza yang gagal diuruskan pihak berkuasa tempatan berisiko mencetuskan wabak penyakit.

Penambahan sampah berkenaan berpunca apabila ribuan penduduk berkumpul dan berlindung di hospital selepas kediaman mereka musnah dalam serangan bertalu-talu daripada tentera negara haram berkenaan.

Bagaimanapun, timbunan plastik sampah berkenaan berisiko membawa masalah yang lebih besar dan serius kepada mereka yang sedang berjuang untuk meneruskan kehidupan.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan memaklumkan, di tengah-tengah perintah rejim Israel untuk mengosongkan wilayah itu dan pengeboman berterusan, kira-kira 70 peratus penduduk di utara Gaza kini kehilangan penjagaan kesihatan.

Jumaat lalu, tentera penjajah memaksa lebih sejuta penduduk berpindah ke selatan wilayah yang dikepung dan menjangkakan serangan darat akan dilakukan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, arahan berkenaan dikecam hebat, dengan PBB dan masyarakat antarabangsa lain memberi amaran ia akan membawa kepada malapetaka kemanusiaan yang lebih serius.

Sekatan ketat rejim Israel ke atas Gaza sejak minggu lalu yang bertindak memotong bekalan air, elektrik, makanan dan perubatan memberi kesan buruk kepada pihak penjagaan kesihatan di wilayah berkenaan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button