Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Solidariti buat Palestin, IKIM tarik diri sertai Pesta Buku Frankfurt

Keputusan dibuat kerana penganjur secara terbuka sokong Israel

BANGI, 2 Rabiulakhir 1445H, Selasa – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) mengambil pendirian menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt (Frankfurter Buchmesse) 2023 yang dijadual berlangsung di Frankfurt, Jerman.

Ketua Pengarahnya, Datuk Prof Madya Dr Mohamed Azam Mohamed Adil berkata, keputusan ini diambil susulan tindakan penganjur yang menunjukkan sokongan secara terbuka terhadap Israel dan sikap yang pro-Israel.

“IKIM sentiasa mendokong pendirian kerajaan memberi solidariti kepada seluruh rakyat Palestin dan sentiasa menyatakan sokongan terhadap Palestin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Kementerian Pendidikan (KPM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengumumkan menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt 2023.

KPM dalam kenyataan menegaskan tidak akan sekali-kali berkompromi terhadap keganasan Israel di Palestin. 

Ia jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia.

Manakala, menurut DBP, pendirian menarik diri itu selaras dengan pegangan kerajaan Malaysia berkenaan konflik yang berlaku di Palestin.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button