Artikel Khas

Pemimpin negara Arab-Islam tunggu Gaza jadi kubur baru agih bantuan

Hanya meraung dari jauh kononnya menyokong Palestin

PEMIMPIN negara Arab dan Islam seolah menunggu Gaza menjadi kubur untuk mengagihkan bantuan pada rakyat Gaza.

Pemimpin negara Arab dan Islam mungkin akan bertindak bila semua muslim Gaza berkubur di bumi Gaza.

Pameran bantuan makanan dan perubatan terbesar di dunia di Rafah, Mesir – kononnya bantuan dari negara Arab dan Islam untuk rakyat Gaza, tetapi masih di atas lori-lori.

Kerajaan Mesir belum buka laluan Rafah. Bantuan akan diagih bila semua rakyat Gaza telah terkubur dan diletak di nisan-nisan rakyat Gaza.

Setakat ini pemimpin negara-negara Islam dan Arab hanya meraung dari jauh dalam istana atau kediaman rasmi kononnya mereka bersama dengan rakyat Gaza.

Ada 57 buah negara Islam dalam OIC dengan populasinya seramai 1.5 bilion. Tetapi mereka ibarat buih di lautan. Inilah pemimpin Arab dan Islam yang ada.

Mereka keluar kenyataan mengutuk Yahudi dalam mimpi kononnya kutuk Yahudi. Pemimpin Arab dan Islam bila mengulas tentang Gaza, nampak berani kerana depan wartawan. Macam macam ulasan mereka kerana menjawab soalan wartawan bukan di medan sebenar.

Satu jawapan bodoh dari pemimpin Arab, bantuan tak dapat dihantar kerana Israel tidak beri kerjasama sedangkan Yahudi sedang menghentam Gaza. Tiba tiba pemimpin Arab minta kerjasama Yahudi untuk hantar bantuan kepada Gaza.

Ustaz Sharipudin bin Ab Kadir
Ketua Perhubungan Isma Kelantan
merangkap
Penasihat Hubungan Antarabangsa Isma

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button