Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Rakyat hilang keyakinan, kerajaan tak tunai janji

Hanya tahu ulangi janji sama namun tidak pernah buktikan

BANGI, 3 Rabiulakhir 1445H, Rabu – Rakyat kini hilang keyakinan kepada kerajan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan tidak menunaikan janji-janji reformasi yang pernah dilaungkan sebelum ini.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Perdana Menteri hanya tahu mengulangi janji sama, namun tidak pernah membuktikan janjinya termasuk menangkap perasuah.

“Pertama, dia gagal menunaikan janji kepada rakyat, kita kalau berjanji dengan rakyat nak buat sesuatu dan diulang-ulang benda yang sama, tiba-tiba rakyat tengok janji tak dibuat.

“Sebelum ini, janji turun harga minyak, tol kos hidup, rakyat tengok tak ada apa yang besar yang kita panggil ‘wow factor’ yang boleh menolong rakyat untuk kembali menyokong kerajaan yang ada,” katanya dalam video yang dimuat naik di Facebook, hari ini.

Lebih menyedihkan katanya, Ahli Parlimen Tambun itu hanya tahu berkata-kata dan mengulangi janji tidak akan berkompromi dengan mereka yang terlibat dengan kesalahan undang-undang.

“Di mana-mana pun isunya hampir sama hanya tahu menyalahkan sahaja, sebagai Perdana Menteri kalau tahu ada kes tahu orang ini penyakau, samun, perompak penyamun tangkaplah dakwalah di mahkamah, bukan kita pergi sana sini kita bagitahu ada penyamun tapi kita tak bertindak,” katanya.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga mendakwa penjawat awam kini juga hilang keyakinan dan kecewa kepada kerajaan yang ada hari ini.

“Kita boleh tengok dari sokongan pegawai kerajaan, pengundi awal ini terdiri daripada polis, tentera dan pegawai-pegawai kerajaan.

“Hampir kesemuanya beri sokongan kepada Perikatan Nasional (PN), maknanya pegawai kerajaan juga hilang keyakinan kepada kerajaan yang ada.

“Itu adalah kritikal, kalau pegawai kerajaan tak sokong kita walaupun sepatutnya pegawai kerajaan di segi perkhidmatan dia akan patuh buat kerja untuk kerajaan yang ada,”katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button