Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Wisma Putra wajar ajak solidariti henti kekejaman Zionis

DUPP selar serangan ke atas orang awam

BANGI, 3 Rabiulakhir 1445H, Rabu – Wisma Putra sewajarnya mengecam tindakan ganas Israel ke atas Hospital Al-Ahli selain mengajak solidariti di peringkat antarabangsa untuk menghentikan kekejaman rejim Zionis.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP), Datuk Ahmad Yahya berkata, pihaknya menyelar tindakan rejim Zionis dengan serangan demi serangan yang dihalakan ke atas orang awam yang tidak berdosa.

“DUPP juga sekali lagi menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kumpulan sivil serta seluruh masyarakat di negara ini agar bersatu mengecam tindakan rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin. Peperangan yang dilancarkan rejim Zionis Israel sudah melampaui batas sempadan.

“Kita wajar mewajahkan bantahan yang berterusan ke atas kezaliman rejim Zionis Israel supaya masyarakat dunia yang lain turut bersama-sama menyuarakan kecaman yang sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, DUPP turut menyarankan agar semua premis PAS memasang bendera Palestin separuh tiang sebagai tanda berkabung di atas kematian yang berlaku semalam selain tanda solidariti berterusan PAS terhadap umat Islam di Palestin.

Terdahulu, sekurang-kurangnya 500 terkorban dalam serangan udara terbaharu Israel ke atas Hospital Al-Ahli yang penuh sesak di Genting Gaza.

Hospital itu berfungsi sebagai tempat perlindungan untuk ribuan penduduk yang meninggalkan kediaman mereka di utara Gaza.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button