Berita UtamaDunia

Colombia bakal buka kedutaan di Palestin

Bantuan kemanusiaan dihantar ke pinggir Gaza tunggu koridor kemanusiaan dibuka

ANKARA, 5 Rabiulakhir 1445H, Jumaat – Presiden Colombia, Gustavo Petro mengumumkan negaranya akan membuka kedutaan di pusat bandar Ramallah di Palestin.

Petro mengeluarkan kenyataan itu selepas bertemu dengan Duta Besar Israel ke Colombia, Gali Dagan dan Duta Palestin, Raouf Al-Maliki.

“Saya telah menyatakan pendirian saya untuk mencapai persidangan keamanan antarabangsa yang membuka jalan kepada dua negara merdeka dan bebas.

“Saya mengulangi solidariti saya dengan kanak-kanak Palestin dan Israel, yang mesti dan mempunyai hak untuk hidup dengan aman.

“Kami akan menghantar pesawat dengan bantuan kemanusiaan ke pinggir Gaza menunggu koridor kemanusiaan dibuka. Colombia akan membuka kedutaannya di Ramallah, Palestin,” katanya di X selepas pertemuan itu.

Pada 9 Oktober lalu, Petro mengkritik cara Israel bertindak balas terhadap serangan yang dilancarkan dua hari sebelumnya oleh Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Konflik di Gaza, yang berada di bawah pengeboman dan sekatan Israel sejak 7 Oktober, bermula apabila Hamas memulakan Operasi Taufan Al-Aqsa, serangan mengejut pelbagai serampang termasuk pelancaran roket bertubi-tubi dan penyusupan ke Israel melalui darat, laut dan udara.

Tentera Israel kemudian melancarkan operasi terhadap sasaran Hamas di Semenanjung Gaza.

Gaza sedang mengalami krisis kemanusiaan yang teruk tanpa bekalan elektrik, selain kehabisan bekalan air, makanan, bahan api dan perubatan.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa gencatan senjata kemanusiaan segera bagi mengurangkan ‘penderitaan manusia yang epik’.

Sekurang-kurangnya 3,785 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Gaza. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button