Berita Utama

Tun M hadir muktamar PAS di Shah Alam

Hadir atas kapasiti tetamu majlis perasmian muktamar

BANGI, 5 Rabiulakhir 1445H, Jumaat – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilapor hadir ke Muktamar PAS ke-69 yang berlangsung di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam hari ini.

Bekas pemimpin berusia 98 tahun itu hadir sebagai tetamu majlis perasmian muktamar yang dirasmikan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketibaan Dr Mahathir yang juga pernah menerajui BERSATU dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) kira-kira jam 10 pagi diumumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

“Selamat datang Tun Mahathir ke Muktamar PAS,” kata Takiyuddin.

Muktamar Tahunan PAS kembali diadakan di Shah Alam selepas 10 tahun, dengan kali terakhir pada November 2013 yang berlangsung di Stadium Malawati.

Terdahulu mantan Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkongsi gambar di Facebook miliknya yang menunjukkan Dr Mahathir berada di pentas utama bersama Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Penampilan istimewa pagi ini…Muktamar Tahunan PAS Kali ke 69,” tulisnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button