Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaIstimewa

Mengapa program ‘Solidariti UiTM bersama Palestin’ dibatal?

Dibatal beberapa minit sebelum majlis, penganjur perlu beri penjelasan

BANGI, 6 Rabiulakhir 1445H, Sabtu – Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam diminta memberi penjelasan mengenai pembatalan program ‘Solidariti UiTM bersama Palestin’ yang sepatutnya berlangsung semalam.

Ahli Dewan Negara, Senator Prof Emeritus Datuk Seri Dr Awang Sariyan berkata, program perhimpunan menyokong perjuangan Palestin yang dizalimi oleh Zionis itu dibatalkan beberapa minit sebelum majlis bermula.

“Majlis dibatalkan beberapa minit sebelum bermula. Penganjur perlu memberikan penjelasan,” katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebook beliau.

Menerusi hantaran lain, bekas Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) itu turut memuat naik surat jemputan progam ‘Solidariti UiTM bersama Palestin’ bertarikh 16 Oktober 2023.

Beliau dijemput untuk hadir sebagai penyajak dalam program yang dijadualkan pada 20 Oktober jam 2 petang selepas solat Jumaat.

Program itu dianjurkan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), HALUAN Palestin dan persatuan-persatuan pelajar UiTM.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button