Berita UtamaDunia

Pasar Nusseirat di kem pelarian sasaran terbaru rejim pengganas

Ketiadaan bekalan bahan api bahayakan keadaan di semua hospital: Kementerian Kesihatan Gaza

GAZA, 7 Rabiulakhir 1445H, Ahad – Serangan udara rejim negara pengganas menyasarkan sebuah pasar di kem pelarian di tengah Gaza yang menyebabkan ratusan cedera dan menjadi korban, lapor Kementerian Dalam Negeri.

Terdapat ratusan kematian dan sejumlah besar kecederaan berikutan sasaran tentera rejim itu di Pasar Nusseirat di tengah Gaza, kata kementerian itu tanpa melaporkan jumlah sebenar mangsa yang terlibat.

Laporan daripada pelbagai media tempatan termasuk stesen radio Al-Aqsa menyatakan serangan udara berkenaan menyasarkan sebuah kedai di pasar tersebut, namun beberapa kedai-kedai yang terletak berhampiran kem pelarian Nusseirat turut terjejas.

Keadaan menjadi lebih teruk di lokasi terbabit apabila ambulans berdepan cabaran memasuki lokasi terbabit.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan di Gaza memberi amaran bahaya yang sebenar akan berlaku kepada pesakit dan mangsa cedera di hospital sekiranya bekalan bahan api tidak disediakan di hospital-hospital di wilayah itu.

“Kegagalan memberi bekalan bahan api secara segera di hospital akan memberi kesan besar dan membahayakan keadaan,” kata jurucakap kementerian itu, Ashraf Al-Qudra dalam kenyataan.

Terdahulu 20 trak yang membawa bantuan kemanusian mula memasuki Semenanjung Gaza daripada Mesir melalui Lintasan Rafah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button