Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Israel dakwa tak sengaja tembak pos tentera Mesir

Mesir lapor kakitangan sempadan cedera akibat serpihan peluru rejim

TEL AVIV, 8 Rabiulakhir 1445H, Isnin – Tentera pengganas Israel kononnya mendakwa salah satu kereta kebalnya secara ‘tidak sengaja’ membedil pos tentera Mesir berhampiran Kerem Shalom, di kawasan tiga sempadan dengan Semenanjung Gaza.

“Sebuah kereta kebal tentera Israel secara tidak sengaja melepaskan tembakan sebentar tadi, mengenai tapak Mesir berhampiran sempadan di kawasan Kerem Shalom,” menurut tentera rejim dalam satu kenyataan rasmi.

Kenyataan tentera mendakwa, siasatan sedang dijalankan dan butiran lanjut masih disemak, selain turut menyesali kejadian itu.

Sementara itu, tentera Mesir melaporkan kecederaan berlaku ke atas kakitangan pengawasan sempadan akibat serpihan peluru Israel yang kononnya ditembak secara tidak sengaja.

Kerem Shalom ialah sebuah penempatan haram Israel di sempadan antara Gaza, Israel dan Mesir. Ia berfungsi sebagai lintasan sempadan yang menghubungkan ketiga-tiganya.

Insiden itu adalah yang pertama seumpamanya sejak tercetus perang antara Israel dan Palestin di Gaza pada 7 Oktober lalu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button