Berita UtamaDunia

Lebih 180,000 unit kediaman di Gaza musnah dibom rejim haram

Kebanyakan bom yang digunakan adalah buatan AS

GAZA, 9 Rabiulakhir 1445H, Selasa – Lebih 180,000 unit rumah dilaporkan musnah dalam serangan ganas rejim haram sejak 7 Oktober lalu.

Daripada jumlah itu, sekitar 20,000 unit kediaman musnah atau tidak boleh didiami lagi, kata jurucakap kerajaan di Gaza, Salama Marouf.

Beliau berkata, 72 bangunan kerajaan dan puluhan kemudahan perkhidmatan juga musnah dalam serangan tidak berperikemanusiaan tersebut.

Sebanyak 177 buah sekolah, 32 buah masjid dan tiga gereja juga hancur dalam serangan udara penjajah Zionis

Sementara itu, jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Iyad Al- Bozom pula berkata, kebanyakan bom yang digunakan oleh rejim haram di Gaza adalah buatan Amerika Syarikat (AS).

Rejim pengganas melancarkan serangan berterusan ke arah semenajung Gaza sejak 7 Oktober lalu.

Malah sehingga kini, 5,387 rakyat Palestin telah syahid termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button