Berita Utama

Polis minta orang ramai patuhi peraturan semasa sertai perhimpunan

Bawa sepanduk sambil tunggang motorsikal bahayakan pengguna jalan raya

KUALA LUMPUR, 9 Rabiulakhir 1445H, Selasa – Orang ramai yang ingin menyertai mana-mana perhimpunan di bandar raya ini perlu mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, polis mengesan beberapa individu yang menyertai perhimpunan dengan menunggang motosikal sambil membawa sepanduk.

“Membawa dan mengibarkan kain rentang semasa menunggang motosikal adalah menyalahi undang-undang kerana ia membahayakan pengguna jalan raya lain.

“Kami akan tetap menjalankan operasi trafik di bandar ini untuk memastikan semua orang mematuhi peraturan lalu lintas,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan polis KL, hari ini.

Allaudeen berkata, beliau sedar bahawa beberapa pihak akan mengadakan perhimpunan minggu ini.

“Kita akui hak untuk berhimpun tetapi ia mesti mengikut undang-undang.

“Sesetengah penganjur memberi kami notis manakala yang lain tidak,” katanya.

Mengulas mengenai perhimpunan untuk Palestin yang akan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Jalil pada Selasa (24 Oktober) malam, Allaudeen berkata, polis telah membuat persiapan yang secukupnya.

“Kita akan pastikan majlis berjalan lancar,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button