Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Presiden Perancis ke Israel tunjukkan solidariti pada Zionis

Desak Hamas bebaskan tebusan Israel, sambung proses damai

TEL AVIV, 9 Rabiulakhir 1445H, Selasa – Presiden Perancis, Emmanuel Macron tiba di Israel semata-mata untuk menyatakan sokongan penuh tindakan rejim Zionis menentang Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Penyiar awam Israel, KAN melaporkan lawatan Macron pada Selasa di negara haram itu antara lainnya untuk mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi Israel.

Katanya, Macron dijangka bertemu Presiden Israel, Isaac Herzog dan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu hari ini.

Menurut kenyataan dari pejabatnya, lawatan Macron bertujuan mendesak pembebasan tebusan yang ditahan Hamas di Gaza, selain menggesa supaya proses damai tulen disambung semula antara Palestin dan Israel.

Beberapa pemimpin Eropah melawat Israel dua minggu lalu untuk menunjukkan solidariti terhadap Israel menentang Hamas pada 7 Oktober.

Konflik di Gaza, yang berada di bawah pengeboman dan sekatan Israel bermula sejak Hamas memulakan Operasi Taufan Al-Aqsa melalui serangan mengejut dari pelbagai sudut termasuk pelancaran roket dan penyusupan ke Israel melalui darat, laut serta udara.

Tentera pengganas Israel kemudiannya melancar serangan balas yang didakwanya sebagai Operasi Pedang Besi terhadap sasaran Hamas di Semenanjung Gaza.

Bagaimanapun, kebanyakan serangan rejim lebih banyak menyasarkan ke kawasan orang awam termasuk hospital, masjid dan rumah kediaman sehingga mengakibatkan 5,087 rakyat Palestin syahid.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button