Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Sekat perkataan ‘Allahuakbar, kafir’, apakah ada agenda tersembunyi mahu diserap pada umat Islam?

Jika benar nak pelihara rakyat, bukan Islam juga patut jaga sensitiviti orang Islam

BANGI, 9 Rabiulakhir 1445H, Selasa – Apakah benar perkataan ‘Allahuakbar’ dan ‘kafir’ sensitif kepada orang bukan Islam atau sebenarnya ada agenda lain yang tersembunyi mahu diserapkan dalam pemikiran orang Islam di negara ini?

Persoalan itu disuarakan Perunding Kanan Politik dan Perundangan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya susulan merujuk insiden himpunan ‘Freedom For Palestine’ dan gesaan menghentikan penyataan kafir dan Zionis dalam kalangan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata, kesinambunangan dua situasi itu seolah-olah kini terdapat ‘budaya baru’ dalam masyarakat, apabila beberapa perkataan yang selama ini sinonim dengan umat Islam dianggap sensitif serta tidak lagi boleh disebut demi menjaga sensitiviti penganut lain.

“Persoalannya, sejauh manakah umat Islam kononnya harus ‘menjaga’ hati dan sensitiviti kaum atau penganut lain?

“Dalam masa sama kita tidak nampak pula mereka menjaga sensitiviti umat Islam seperti yang berlaku dalam kes kalimah Allah, isu bacaan al-Quran di masjid dan surau, pembelajaran hadis 40 di sekolah, pembelajaran Jawi, menafsir al-Quran secara membuta tuli dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Aminuddin, sekiranya benar keamanan dan kesejahteraan ingin dipelihara dalam kalangan rakyat, maka sensitiviti kedua-dua pihak harus dijaga, bukan berlaku sebaliknya.

“Umat Islam yang terlalu mahu menjaga kaum bukan Islam, walhal sebelah sana tidak kisah sangat pun. Lebih malang pemimpin Isalm pula lagaknya lebih sudu dari kuah.

“Apabila berlaku perarakan yang menampakkan sokongan kepada LGBT, Ahli Parlimen Islam yang membangkitkan isu itu seolah-olah ‘diugut’ dan akhirnya terpaksa meminta maaf,” katanya.

Atas sebab itu, beliau tertanya-tanya mungkinkah ini adalah satu bentuk strategi normalisasi yang diperjuangkan Barat terhadap umat Islam terutama di negara ini.

Beliau berkata, sudah terlalu banyak umat Islam bertolak ansur dan kini sekali lagi diminta untuk berbuat demikian apabila dua perkataan yang memberi makna besar dianggap sebagai sensitif.

“Allahuakbar satu perkataan yang memuji Allah. Pencipta Alam dan makhluk seisinya akan terpinggir sedikit demi sedikit.

“Perkataan ‘kafir’ yang disebut dalam al-Quran kepada mereka-mereka yang tidak beriman kepadaNya akan menjadi debu berterbangan.

“Nampak muda, tidak ada apa-apa tetapi percayalah generasi hadapan akan menganggap kedua-dua kalimah ini tidak lagi relevan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button