Berita UtamaDunia

Doktor Gaza berjaya selamatkan bayi dari perut ibu syahid

'Selamatkan nyawa bayi daripada ibu yang terkorban jadi rutin harian'

GAZA, 10 Rabiulakhir 1445H, Rabu – Pasukan perubatan di Palestin berjaya menyelamatkan nyawa bayi yang belum dilahirkan selepas ibunya terkorban dalam serangan udara rejim pengganas, lapor agensi Anadolu.

Doktor Asaad Al-Nawajha yang mengendalikan wad bersalin di Hospital Nasser, wilayah Khan Younis berkata, ibu bayi itu dikejarkan ke hospital selepas disahkan terkorban dalam serangan udara rejim penjajah.

Bayi lelaki berkenaan berjaya dikeluarkan meskipun ibunya telah meninggal dunia.

“Dia masih hidup dan berjaya diselamatkan, pasukan kami juga telah memberikan rawatan yang diperlukan termasuk beri oksigen dan kini ditempatkan NICU,” katanya.

Keadaan bayi yang belum diberikan nama itu berada dalam keadaan stabil.

Al-Nawajha berkata, kisah menyelamatkan nyawa bayi daripada ibunya yang terkorban sudah menjadi rutin harian mereka di wad berkenaan sejak peperangan bermula 7 Oktober lalu.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf Al-Qidra berkata, sehingga kini terdapat 130 bayi baharu dilahirkan dan ditempatkan dalam inkubator di seluruh semenanjung Gaza. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button