Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Wabak penyakit di kalangan pelarian Gaza mula merebak

WHO beri amaran satu pertiga hospital Gaza tidak beroperasi

GAZA, 10 Rabiulakhir 1445H, Rabu – Doktor di Gaza melaporkan pesakit yang tiba di hospital menunjukkan tanda-tanda penyakit yang disebabkan oleh kesesakan dan sanitasi yang buruk.

Ia selepas lebih 1.4 juta orang meninggalkan rumah mereka untuk mendapatkan perlindungan sementara di bawah pengeboman paling dahsyat Israel.

Agensi bantuan berulang kali memberi amaran mengenai krisis kesihatan di kawasan kecil Palestin yang sesak di bawah sekatan Israel.

Rejim Zionis telah memutuskan bekalan elektrik, air bersih dan bahan api dengan hanya konvoi kecil makanan dan ubat-ubatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dibenar masuk.

“Kesesakan orang awam dan kebanyakan sekolah yang digunakan sebagai tempat perlindungan kini menjadi tempat penularan utama untuk penyakit merebak,” kata Nahed Abu Taaema, seorang doktor kesihatan awam di Hospital Nasser di Khan Younis.

Dengan semua hospital kehabisan bahan api untuk menghidupkan penjana mereka, doktor memberi amaran bahawa peralatan kritikal, seperti inkubator untuk bayi baru lahir, berisiko terhenti.

Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas berkata, kira-kira 40 pusat perubatan menggantung operasi pada masa pengeboman dan perpindahan memberi tekanan yang besar pada sistem.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa satu pertiga daripada hospital Gaza tidak beroperasi.

“Kami melutut meminta operasi kemanusiaan yang berterusan, dipertingkatkan, dilindungi,” kata Pengarah Kecemasan Serantau WHO, Rick Brennan.

Pada Selasa, Hospital swasta Indonesia – yang terbesar di utara Gaza – berkata, ia telah menutup segala-galanya kecuali jabatan penting terakhir seperti Unit Rawatan Rapi.

Satu-satunya hospital lain yang masih merawati pesakit di utara Gaza, Hospital Beit Hanoun, menghentikan operasi susulan pengeboman hebat di bandar itu, kata Kementerian Kesihatan Palestin.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button