Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Bersatu muktamadkan nasib MP Kuala Kangsar malam ini

Tumpu keputusan mesyuarat Biro Politik, pandangan pimpinan lain

BANGI, 11 Rabiulakhir 1445H, Khamis – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan memuktamadkan nasib Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid malam ini.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, bentuk tindakan ke atas Iskandar Dzulkarnain akan ditentukan pada mesyuarat MPT Bersatu yang berlangsung 8 malam ini.

“Malam ini kita akan muktamadkan bentuk tindakan akan dikenakan ke atas beliau (Iskandar Dzulkarnain) mengikut situasi yang berlaku dan apa-apa keputusan terhadap pengumuman dia.

“Mesyuarat ini akan menghasilkan keputusan kepada reaksi parti terhadap pengumuman Iskandar Dzulkarnain,” katanya seperti dilapor media tempatan, hari ini.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata, perbincangan yang akan berlangsung di ibu negara akan menumpukan keputusan mesyuarat Biro Politik Bersatu, selain mendengar dan mengambil kira pandangan kepimpinan lain.

Pada 12 Oktober lalu, Iskandar Dzulkarnain memutuskan untuk menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan isu peruntukan.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda kawasannya.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) itu memberi jaminan tidak akan meninggalkan atau mengkhianati partinya dalam apa jua keadaan atas prinsip taat dan setia kepada parti.

Susulan pengumuman itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan mesyuarat khas akan diadakan bagi membincangkan perkara berkenaan, selain menetapkan tindakan selanjutnya.

Terdahulu, Hamzah mendakwa Iskandar Dzulkarnain diugut supaya menyokong kerajaan dan jika enggan berbuat demikian, akan didakwa atas kesalahan rasuah.

Tindakan berkenaan dipercayai digunakan bagi mendapat sokongan supaya kerajaan memperoleh sokongan dua pertiga majoriti di Parlimen.

Pautan berkaitan;

PN dakwa MP Kuala Kangsar diugut untuk sokong kerajaan

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button