Berita UtamaDunia

Guterres dakwa kenyataan disalah tafsir selepas dikritik Israel

Nafi galak tindakan keganasan Hamas di Israel 7 Oktober lalu

NEW YORK, 11 Rabiulakhir 1445H, Khamis – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mendakwa terkejut apabila kenyataannya pada Mesyuarat Keselamatan PBB disalah tafsirkan.

Bercakap kepada pemberita di ibu pejabat PBB di New York, Gutterres mendakwa, kenyataannya itu disalah tafsirkan seolah-olah dia menggalakkan tindakan keganasan oleh Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

“Ini tidak betul. Ia adalah sebaliknya,” tegas Guterres.

Dia kemudian mengulangi kenyataannya mengutuk dengan tegas tindakan keganasan pada 7 Oktober yang didakwa mengerikan dan tidak pernah berlaku sebelum ini oleh Hamas di Israel.

“Tiada apa-apa boleh membenarkan pembunuhan yang disengajakan, mencederakan dan menculik orang awam atau melancarkan roket ke arah sasaran awam.

“Memang saya bercakap mengenai rungutan rakyat Palestin dengan jelas, tetapi rungutan itu tidak boleh membenarkan serangan mengerikan oleh Hamas,” katanya.

Guterres tampil menjelaskan perkara itu selepas dia dikritik Israel, dengan menteri luar membatalkan pertemuan dengan Ketua PBB.

Ini susulan kenyataan Guterres pada Majlis Keselamatan bahawa rakyat Palestin tertakluk kepada 56 tahun penjajahan yang menyesakkan.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button