Berita Utama

Kedaulatan negara diutamakan dalam rundingan WHO CA+, IHR 2005

Pastikan keputusan dibuat di peringkat WHO tak canggah prinsip kita

KUALA LUMPUR, 12 Rabiulakhir 1445H, Jumaat – Kerajaan akan memastikan kedaulatan negara sentiasa menjadi keutamaan dalam rundingan Triti Pandemik Perjanjian Konvensyen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO CA+) dan pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005).

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, beliau mendengar kebimbangan rakyat terkait isu WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 berkenaan.

“Penglibatan kita penting untuk memastikan suara kita didengari dan sebarang keputusan yang akan dibuat di peringkat WHO ini tidak bercanggah dengan prinsip kita khususnya perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.

“Tiada keputusan akan diberikan sehingga segala-galanya dipersetujui. Saya memberi komitmen bahawa kedaulatan negara akan sentiasa menjadi keutamaan dalam rundingan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebelum ini dilaporkan menuntut kerajaan membantah rundingan WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 kerana dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button