Berita Utama

Pembinaan plaza tol Genting Highlands di jalan persendirian

Bukan bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya, LLM

KUALA LUMPUR, 13 Rabiulakhir 1445H, Sabtu – Pembinaan plaza tol di jalan menaiki Genting Highlands menerusi Gohtong Jaya bukan berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

LLM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pembinaan tol berkenaan seperti yang tular baru-baru ini berlaku di jalan persendirian dan tidak mempunyai kaitan dengan Lebuhraya bertol Kuala Lumpur-Karak (KL-Karak).

“… projek pembinaan ini bukan di bawah bidang kuasa KKR/LLM kerana ia bukan jalan yang diwartakan sebagai jalan persekutuan,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman memaklumkan bahawa sebarang usaha projek pembangunan atau kemajuan di tanah persendirian harus mendapat Kebenaran Merancang daripada pihak berkuasa tempatan.

Dalam kenyataan pada 21 Okt, beliau menyatakan Pihak Majlis Perbandaran Bentong dan Kerajaan Negeri Pahang masih tidak menerima apa-apa permohonan berkenaan pembinaan plaza tol itu dan arahan henti kerja telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Bentong.- Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button