Berita Utama

Replika senjata alasan DAP campur tangan urusan Islam

Mereka seolah takut umat Islam di Malaysia faham isu sebenar Palestin

BANGI, 15 Rabiulakhir 1445H, Isnin – Parti cauvinis DAP sengaja menggunakan alasan replika senjata supaya Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan semula penganjuran program Minggu Solidariti Palestin di sekolah-sekolah.

Hakikatnya, parti rasis itu tidak takut pun dengan senjata mainan sebaliknya khuatir dengan kefahaman, semangat dan ukhuwah Islamiah yang mahu diterapkan KPM kepada pelajar Islam, kata Naib Presiden BERJASA.

Ir Ts Muhammad Lukman Al-Hakim Mohamad berkata, semua maklum DAP memusuhi semua perkara berkaitan Islam.

“Mereka takut umat Islam di Malaysia faham isu identiti dan kemerdekaan sebenar negara hasil pengalaman Palestin.

“Isu senjata mainan hanyalah alasan. Bukankah sambutan hari kemerdekaan negara memaparkan peralatan ketenteraan dan senjata sebenar Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan disaksikan oleh semua pelajar sekolah?

“Bukankah sambutan hari kemerdekaan di sekolah selama ini juga sebahagiannya menggunakan senjata mainan sebagai gimik?,” soalnya.

Dalam pada itu, Lukman berkata, tindakan DAP – parti komponen Kerajaan Madani – menyuarakan bantahan tanpa platform sepatutnya seperti mesyuarat Kabinet bukti jelas kerajaan masih berminda pembangkang.

Menurutnya, DAP perlu berbincang dengan KPM supaya sekolah vernakular dikecualikan daripada program ini sekiranya mahu mempertahankan ‘akidah’ pelajar Cina.

“Anak-anak Cina di sekolah kebangsaan yang tak seramai mana pun boleh dikecualikan.

“Tapi jangan campur tangan urusan bangsa dan agama kami!

“Kalau nak diikutkan, antara banyak-banyak parti politik di Malaysia logo DAP yang paling ‘ganas’. Parti lain berlogokan bintang, bulan dan dacing. Tapi DAP berlogokan roket!” katanya.

Terdahulu, DAP meluahkan rasa terkilan dengan penganjuran satu program di sebuah sekolah rendah yang memaparkan unsur-unsur keganasan dan ekstremisme dengan penggunaan replika senjata.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke berkata, DAP menentang sebarang bentuk keganasan dan membantah semua bentuk program yang mempamerkan unsur-unsur kekerasan bersenjata di semua sekolah yang membabitkan murid-murid pada usia yang muda.

Dakwanya, program seumpama itu hanya akan memberikan mesej dan pengajaran yang salah kepada generasi muda.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button