Dunia

Sempadan Rafah dibuka pindah rakyat Gaza cedera ke Mesir

Serangan ganas Israel bunuh 8,525 rakyat Palestin setakat ini

KAHERAH, 17 Rabiulakhir 1445H, Rabu – Pintu sempadan Rafah dijangka dibuka hari ini bagi membolehkan rakyat Palestin yang cedera dirawat di hospital Mesir.

Pembukaan pintu itu disahkan Pengarah media sempadan Rafah, Wael Abu Mohsen kepada agensi berita, Anadolu.

Sementara itu, Gabenor Sinai Utara Mesir, Mohamed Shosha juga mengesahkan mengenai perkara itu menerusi kenyataan televisyen di saluran Mesir.

Gabenor Sinai Utara sebelum ini berkata, pihaknya berjaga-jaga untuk menerima penduduk Palestin yang cedera, sebaik sahaja sempadan dibuka.

Sempadan Rafah ditutup sejak tercetusnya pertempuran di Semenanjung Gaza pada 7 Oktober lalu, dan dibuka sebahagiannya selama beberapa hari untuk membenarkan kemasukan hanya sejumlah trak bantuan.

Pengarah media sempadan Rafah memaklumkan, sebanyak 196 trak bantuan setakat kini telah menyeberang ke Gaza sejak 7 Oktober.

Tentera pengganas Israel telah memperluaskan serangan tanpa henti melalui udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza, sebagai tindak balas Hamas menyerang negara haram itu.

Serangan ganas rejim telah menyebabkan 8,525 rakyat Palestin syahid dan dijangka jumlah itu terus meningkat.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button