Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Mana data, statistik dakwa sekolah vernakular didiskriminasi?

Jangan main sentimen untuk misi jahat yang dirangka!

Oleh Zuhayati Yazid

BANGI, 18 Rabiulakhir 1445H, Khamis – Desakan Jawatankuasa Perhubungan DAP Bagan supaya Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menamatkan diskriminasi terhadap sekolah vernakular di negara ini, seperti diamalkan kerajaan terdahulu amat melampau.

Atas sebab itu, Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Muhammad Lukman Al-Hakim Mohamad menuntut bukti daripada Jawatankuasa Perhubungan DAP Bagan atas dakwaan yang dibuat.

“Apa fakta, data dan statistik yang membuktikan sekolah vernakular didiskriminasi selama ini?

“Jangan menuduh tanpa usul periksa! Jangan bermain sentimen untuk misi jahat yang dirangka!,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Terdahulu, mesyuarat agung tahunan (AGM) DAP Bahagian7 Bagan mencapai tiga resolusi antaranya menamatkan diskriminasi terhadap sekolah vernakular dari segi pembiayaan peruntukan pembangunan yang tidak adil tidak mengikut populasi pelajar.

Dalam resolusi sama, DAP Bagan turut mendesak Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal untuk menambah peruntukan pembiayaan pembangunan untuk semua sekolah di Pulau Pinang bagi menebus pengabaian yang dibuat kerajaan terdahulu.

“Pembiayaan pembangunan untuk sekolah vernakular tidak boleh kurang daripada pembiayaan yang dikurangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) terdahulu dan sekurang-kurangnya mestilah sama dengan yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu pada 2018,” katanya.

Mengulas hal itu, Muhammad Lukman mempersoalkan adakah wakil DAP bahagian ini tidak membincangkan perkara tersebut dalam mesyuarat Kabinet sebelum ini.

Beliau juga menyifatkan resolusi yang dikemukakan sebagai pelik berikutan keluar daripada pimpinan parti DAP yang merupakan komponen kerajaan yang memerintah hari ini.

Lukman menjelaskan, semua pihak mengetahui sekolah-sekolah vernakular – (SJKC dan SJKT) merupakan sebahagian dari sekolah yang diurus di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) berdasarkan Akta Pelajaran 1961, Laporan Pelajaran Rahman Talib, Laporan Pelajaran Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957.

“Semua dana, silibus, infrastuktur dan hal-hal pengurusan adalah mengikut hala tuju dan keputusan KPM.7 Jadi dari segi apa isu diskriminasi ini timbul,” soalnya.

Katanya, jika merujuk kepada isu Belanjawan 2024, ia tertakluk kepada kemampuan dan keutamaan kerajaan untuk memberikan belanja yang dirasakan cukup untuk KPM dan sekolah-sekolah di bawah kementerian itu.

“Pelik, sedangkan SJKC tersergam indah dan cantik, jadi inikah diskriminasi yang dimaksudkan,” katanya.

Berita berkaitan;
https://ismaweb.net/2023/11/01/dap-bagan-desak-fadhlina-tamatkan-diskriminasi-sekolah-vernakular/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button