Berita UtamaDunia

Buat pertama kali, Biden minta ‘henti sementara’ perang Israel di Gaza

Mahu keluarkan tawanan dari pihak Hamas selepas didesak penunjuk perasaan

WASHINGTON, 18 Rabiulakhir 1445H, Khamis –  Presiden Joe Biden menyuarakan sokongan untuk ‘menghentikan sementara’ krisis kemanusiaan akibat perang Israel di Gaza, ketika penunjuk perasaan di Amerika Syarikat (AS) mendesak memindahkan semua rakyatnya yang terperangkap di kawasan Palestin yang terkepung.

“Saya rasa kita perlu henti seketika,” kata Biden ketika ucapan kempen pada hari Rabu, selepas diganggu penunjuk perasaan yang menggesa gencatan senjata segera dilakukan.

Apabila ditanya apa maksud ‘henti sementara’, Biden berkata, sudah tiba masanya untuk mengeluarkan tahanan – merujuk kepada tawanan yang ditahan Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), kumpulan yang memerintah Gaza.

Kenyataan Presiden AS itu menandakan perubahan pendirian White House, yang sebelum ini mengatakan ia tidak akan menentukan cara Israel menjalankan operasi ketenteraannya.

“Kami tidak melukis garis merah untuk Israel,” kata jurucakap White House John Kirby minggu lalu. “Kami akan terus menyokong mereka.”

Pada hari Jumaat, AS adalah satu daripada 14 negara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengundi ‘tidak’ kepada resolusi dalam Perhimpunan Agung yang menggesa gencatan senjata.

AS adalah sekutu terkuat Israel, menghantar bantuan berbilion dolar setiap tahun. 

Untuk menyokong serangan ketenteraan Israel yang berterusan, Biden telah meminta Kongres meluluskan pakej bantuan ketenteraan AS$14.3 bilion kepada negara haram itu. 

Rakyat AS adalah antara ratusan warga asing yang mula meninggalkan wilayah Gaza yang dikepung melalui sempadan Rafah Mesir, sebahagian daripada perjanjian diantara Mesir untuk membenarkan laluan selamat bagi warga yang cedera dan warga asing.

Jurucakap White House, Kirby berkata, beliau berharap AS akan membawa semua rakyat Amerika keluar dari Gaza dalam beberapa hari akan datang.

Kira-kira 400 warga AS di Gaza telah memberitahu Jabatan Negara mereka mahu meninggalkan wilayah itu bersama ahli keluarga – dan pegawai AS berjanji akan membantu kira-kira 1,000 orang untuk keluar. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button