Fahmi nafi PKR ahli Liberal International
Dakwa ada cubaan terancang kaitkan parti dengan pertubuhan liberal

BANGI, 19 Rabiulakhir 1445H, Jumaat – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan mempunyai kaitan dengan pertubuhan gabungan parti-parti, Liberal International.
Perkara itu ditegaskan Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, apabila mendakwa terdapat percubaan terancang untuk mengaitkan parti berkenaan dengan pertubuhan liberal terbabit.
“Kebelakangan ini, terdapat percubaan terancang untuk mengaitkan Keadilan dengan satu pertubuhan gabungan parti-parti iaitu Liberal International.
“Saya mengesahkan bahawa Keadilan bukan dan tidak pernah menjadi ahli atau anggota Liberal International.
“Keadilan bersolidariti sepenuhnya dengan rakyat Palestin serta mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman rejim Zionis Israel yang terus menzalimi, menekan dan membunuh rakyat Palestin,” katanya.