Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Tun M saran tubuh struktur rasmi SG4 mulakan pelaburan

Kepimpinan SG4 mestilah berteras pada ‘business friendly state government’

BANGI, 19 Rabiulakhir 1445H, Jumaat – Empat negeri di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN), Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis disaran menubuhkan struktur rasmi ‘State Goverment 4’ (SG4) bagi memulakan agenda pelaburan secara pantas.

Pandangan berkenaan disuarakan oleh penasihat tidak rasmi SG4, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengadakan pertemuan tertutup dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta kepimpinan kerajaan negeri semalam.

Pengerusi Mobilisasi Proklamasi Orang Melayu (Proklamasi), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, bekas Perdana Menteri itu menyarankan kepimpinan SG4 mestilah berteraskan pada ‘business friendly state government’ atau kerajaan negeri mesra perniagaan bagi menarik lebih banyak pelaburan langsung asing ke negeri terbabit.

“Keempat-empat negeri ini mestilah digabungkan sebagai satu badan untuk melaksanakan agenda pelaburan yang menguntungkan semua pihak,” katanya dalam kenyataan.

Pertemuan berkenaan diadakan secara tertutup selama hampir satu jam setengah di Pejabat Menteri Besar Terengganu di Wisma Darul Iman, semalam.

Ia memberi tumpuan perancangan pembangunan ekonomi di empat negeri tersebut.

Khairuddin menambah buat masa ini beberapa pelaburan telah dikenal pasti untuk ‘SG4’ memulakan perancangan pelaburan secara kolektif bagi memanfaatkan empat negeri bawah gabungannya.

Dalam pertemuan berkenaan, beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu turut melakukan kunjungan ke kediaman Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang di Rusila, Marang.

Dr Mahathir menunaikan solat Zohor berjemaah di Masjid Rusila selain meluangkan masa selama hampir sejam bersama Abdul Hadi sebelum itu bagi membincangkan pelbagai isu negara masa kini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button