Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Bom ambulans: WHO kesal, PBB gesa Israel hormat undang-undang antarabangsa

13 syahid, 26 cedera serangan rejim berhampiran Hospital Al-Shifa

NEW YORK, 20 Rabiulakhir 1445H, Sabtu – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kesal dengan serangan pengganas Israel ke atas ambulans berhampiran sebuah hospital utama di Semenanjung Gaza, semalam.

Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menegaskan, pesakit, pekerja dan kemudahan kesihatan serta ambulans mesti dilindungi setiap masa.

“Sangat terkejut dengan laporan serangan ke atas ambulans yang memindahkan pesakit berhampiran Hospital Al-Shifa di Gaza, yang membawa kepada kematian, kecederaan dan kerosakan,” katanya.

Susulan serangan itu, Tedros menggesa gencatan senjata segera dilaksanakan di Gaza.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan 13 rakyat Palestin syahid dan 26 yang lain cedera dalam pengeboman Israel yang menyasarkan ambulans di hadapan pintu utama Hospital Al-Shifa.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut mendesak rejim pengganas Israel menghormati sepenuhnya undang-undang antarabangsa.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric turut mengulangi amaran bahawa hospital tidak seharusnya menjadi sasaran dalam pertempuran.

“Kami terus menyeru untuk menghormati undang-undang antarabangsa, yang termasuk hospital tidak boleh digunakan dalam mana-mana bahagian pertempuran,” katanya.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button