Dunia

Israel minta rakyatnya tangguh perjalanan ke luar negara

Konon dakwa serangan anti-Semitisme meningkat ketara ekoran konflik Gaza

TEL AVIV, 20 Rabiulakhir 1445H, Sabtu – Negara haram Israel menggesa rakyatnya untuk mempertimbangkan semula perjalanan ke luar negara, susulan ketegangan berhubung konflik di Gaza ketika ini.

Dalam kenyataan bersama Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Luar Israel, turut mengingatkan rakyatnya yang kini berada di luar negara untuk lebih berhati-hati.

Kenyataan itu mendakwa kononnya serangan yang mengancam nyawa, anti-Semitisme dan hasutan telah meningkat dengan ketara di banyak negara.

Isnin lalu, Israel mengeluarkan amaran peringkat tertinggi untuk wilayah Dagestan di Russia, selepas ratusan penunjuk perasaan tempatan berhimpun dan merusuh di bangunan lapangan terbang bagi mengesan orang Yahudi yang tiba menerusi penerbangan dari Tel Aviv.

Pengeboman ganas Israel ke atas Semenanjung Gaza melalui udara, darat dan laut telah mencetuskan protes anti-Israel di Eropah dan Timur Tengah.

Pihak berkuasa kesihatan Gaza melaporkan, sekurang-kurangnya 9,227 rakyat Palestin dibunuh sejak Israel memulakan serangan tanpa henti pada 7 Oktober lalu.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button