Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Pintu sempadan Rafah ditutup semula

Ratusan pemegang passport luar kecewa tak dapat keluar dari wilayah terkepung

GAZA, 21 Rabiulakhir 1445H, Ahad – Pintu masuk utama sempadan Rafah yang menghubungkan antara Gaza dan Mesir ditutup semula kepada semua pihak selepas tiga hari dibuka susulan pertikaian mengenai pemindahan pesakit yang cedera.

Pintu masuk itu menjadi laluan utama kepada ribuan pemegang passport asing untuk meninggalkan wilayah Gaza.

Bagaimanapun berkuat kuasa semalam, pemegang passport asing atau pesakit tidak dibenarkan menggunakan laluan berkenaan, menurut sumber Palestin.

Terdahulu, media menunjukkan ratusan pemegang passport luar berhimpun di pintu masuk berkenaan namun pintu tidak dibuka.

Sumber dari pihak berkuasa pintu masuk Rafah memberitahu BBC bahawa pergerakan individu yang memiliki pasport asing tidak dibenarkan sehingga ada persetujuan mengenai keselamatan memindahkan pesakit yang cedera.

Bagaimanapun sehingga kini tiada kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa.

Sementara itu, Pejabat Menteri Luar United Kingdom (UK) mengesahkan bahawa warga Britain di Gaza tidak dapat keluar melalui pintu di Rafah.

Seorang jurucakap memberitahu BBC pihaknya kecewa kerana pintu masuk utama Rafah telah ditutup menyebabkan rakyat luar tidak berpeluang meninggalkan wilayah berkenaan.

“Situasi ini akan menjadi lebih kompleks dan mencabar dan kami menggunakan semua saluran diplomatik untuk mendesak agar ia dibuka semula dalam penyelarasan dengan rakan antarabangsa,” katanya.

Rabu lalu, Pintu masuk Rafah mula dibuka bagi membolehkan rakyat gaza yang cedera dipindahkan ke hospital di Gaza.

Ia termasuk membolehkan penduduk luar meninggalkan wilayah terkepung susulan tindakan kejam rejim pengganas sejak 7 Oktober lalu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button