Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Israel serang ganas sekitar beberapa hospital Gaza tika talian komunikasi putus

Rejim penjajah ambil kesempatan lancar bom, tumpu tempat perlindungan awam

GAZA, 22 Rabiulakhir 1445H, Isnin – Tentera  pengganas Israel meneruskan serangan udara ganas di sekitar beberapa hospital di utara Semenanjung Gaza – ketika semua perkhidmatan komunikasi dan internet sekali lagi terputus.

“Selama lebih sejam, pengeboman kuat telah berlaku di sekitar hospital,” kata ketua pejabat media kerajaan Hamas, Salama Maarouf, pada malam Ahad.

Persekitaran hospital terbesar wilayah Palestin, Al Shifa, menyaksikan serangan yang sangat dahsyat, menurut Salama.

Sementara itu, wartawab Al Jazeera, Safwat Kahlout melaporkan dari Deir Al Balah bahawa serangan paling hebat pada hari Ahad berlaku di kawasan sekitar hospital.

“Kami dapat memahami bahawa serangan udara ini bertujuan untuk mengarahkan tentera Israel yang mengelilingi Kota Gaza menuju ke arah Hospital Al Shifa. 

“Kami tahu beribu-ribu orang meninggalkan rumah mereka di kawasan kejiranan ini menuju ke hospital, mencari perlindungan.

“Kini tentera Israel sedang merancang untuk sesuatu yang besar, mungkin beberapa jam akan datang atau beberapa hari lagi,” katanya.

Terdahulu pada Ahad, Israel melancarkan serangan berhampiran Hospital Al Quds di Bandar Gaza, mencederakan sekurang-kurangnya 14 orang dan merosakkan bangunan itu.

Tentera Israel mengesahkan bahawa serangan ‘ketara’ sedang dijalankan di Gaza, dengan jurucakap tentera mendakwa serangan darat Israel telah membahagikan wilayah Palestin kepada dua.

“Tentera Israel telah mengepung Kota Gaza… Kini terdapat Gaza selatan dan Gaza utara,” kata jurucakap Daniel Hagari.

Kumpulan advokasi akses Internet NetBlocks.org melaporkan sambungan komunikasi dan internet sekali lagi terputus di seluruh Gaza. Perkara itu disahkan oleh syarikat telekomunikasi Palestin Paltel.

“Kami telah kehilangan komunikasi dengan sebahagian besar ahli pasukan UNRWA,” kata jurucakap agensi pelarian Palestin PBB Juliette Touma kepada The Associated Press. 

Gangguan Gaza pertama berlangsung selama 36 jam dan yang kedua selama beberapa jam. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button