Artikel KhasIstimewa

Ini penjelasan mengenai ‘Two State Solution’

2SS adalah pengiktirafan kewujudan Israel secara rasmi hingga hilangnya negara Palestin

1. MASIH ada lagi pihak yang masih mempromosikan penyelesaian Two State Solution. Saya ingin kongsikan di sini apa hakikat sebenar Two State Solution ini untuk kita lebih faham kenapa GSPP menentang Two State Solution (2SS) ini.

i. 2SS bermaksud memberikan kepada warga Palestin hanya 20% dari bumi Palestin. Manakala bakinya adalah milik Yahudi yang diambil dengan cara rampas dan bunuh. 20% itu pun dari hari ke hari akan makin kecil dan akan hilang terus.

ii. 2SS bermaksud memberikan hak berjiran antara Yahudi dan warga Palestin. Akidah Yahudi yang menghalalkan darah selain Yahudi akan meneruskan siri-siri pembunuhan berlaku. Mereka bukan sahaja membunuh dalam perang, mereka juga membunuh untuk mendapatkan organ.

iii. 2SS bermaksud memindahkan masalah yang dihadapi oleh Eropah terhadap perangai Yahudi kepada rantau Arab. Eropah sudah amat faham tabiat Yahudi dan mereka tidak tahan dengan perangai itu.

iv. 2SS adalah jalan menuju normalisasi. Hujung 2SS adalah pengiktirafan kepada kewujudan Israel secara rasmi dan akan membawa kepada hilangnya negara Palestin.

v. 2SS adalah jalan ke arah hubungan diplomatik antara Israel dan mana-mana negara. Akhirnya akan ada kedutaan, konsulat dan pegawai diplomatik Israel di negara yang menerima 2SS.

vi. Lanjutan dari itu akhirnya akan ada warga Israel berkeliaran di negara yang menerima 2SS. Mereka akan makan minum di Bangi. Mereka akan letak kereta di tepi surau. Mereka akan buka kedai dan beli rumah.

3. Ini sedikit gambaran senario kesan dari penerimaan penyelesaian 2SS. Akan pasti berlaku dalam jangka pendek atau jangka panjang. Kerajaan menolak hubungan diplomatik dengan Israel dan di dalam pasport kita tertera tidak boleh masuk Israel. Penerimaan penyelesaian 2SS adalah bertentangan dengan dasar sedia ada tersebut.

4. Dosa normalisasi adalah amat besar. Tangan yang memutuskan untuk menerima normalisasi, di tangan itulah mengalirnya darah ribuan syuhada’ Palestin. Menghulurkan makanan dan minuman kepada warga Palestin tidak sesekali akan menghilangkan darah di tangan itu.

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP)

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button