Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Dunia

Netanyahu ugut tiada gencatan senjata selagi tebusan Israel tak dibebaskan

Dakwa sudah kepung Gaza, pertingkat tekanan pada Hamas setiap jam

BAITULMAQDIS, 24 Rabiulakhir 1445H, Rabu – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menolak pelaksanaan gencatan senjata atau membenarkan penghantaran bahan api ke Semenanjung Gaza, melainkan Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) membebaskan tebusan rejim itu.

“Tiada kemasukan bahan api atau gencatan senjata tanpa pembebasan tebusan kami,” kata Netanyahu dalam kenyataan di televisyen.

Pejuang Islam Hamas dipercayai menahan sekurang-kurangnya 242 tebusan susulan serangan rentas sempadan ke wilayah Israel pada 7 Oktober lalu.

Netanyahu turut mendakwa, tentera Israel telah berjaya menakluk Gaza lebih daripada yang pernah dibayangkan Hamas.

“Bandar Gaza dikepung. Kami beroperasi di dalamnya, kami mempertingkat tekanan terhadap Hamas setiap jam, setiap hari,” katanya.

Israel telah melancarkan serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza berikutan serangan rentas sempadan Hamas pada bulan lalu.

Sekurang-kurangnya 10,328 rakyat Palestin, termasuk 4,237 kanak-kanak dan 2,719 wanita syahid sejak serangan itu.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button