Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita UtamaDunia

Rejim haram serang konvoi kemanusiaan Palang Merah

Dua trak rosak, pemandu cedera akibat serangan

GAZA, 24 Rabiulakhir 1445H, Rabu – Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) memaklumkan, konvoi kemanusiaan yang membawa bekalan perubatan diserang di Bandar Gaza semalam.

Konvoi lima trak dan dua kenderaan Palang Merah dalam perjalanan membawa bekalan ke kemudahan kesihatan, termasuk ke hospital Al-Quds, apabila ia diserang, kata ICRC dalam satu kenyataan.

Katanya, dua trak rosak dan seorang pemandu cedera ringan susulan serangan itu.

ICRC bagaimanapun tidak menyatakan pihak mana yang melepaskan tembakan ke arah konvoinya atau dari mana tembakan itu datang.

“Ini bukan keadaan yang mana pekerja kemanusiaan boleh bekerja.

“Kami di sini membawa bantuan segera kepada orang awam yang memerlukan. Memastikan bantuan penting boleh sampai ke kemudahan perubatan adalah kewajipan undang-undang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” kata ketua sub-delegasi ICRC di Gaza, William Schomburg.

Selepas tembakan, konvoi mengubah laluannya dan sampai ke hospital Al-Shifa di mana ia menghantar bekalan perubatan, kata ICRC.

Konvoi ICRC kemudiannya mengiringi enam ambulans dengan pesakit yang parah ke sempadan Rafah ke Mesir, katanya.

Sementara itu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) mendakwa, Pasukan Pendudukan Israel (IOF) menyasarkan konvoi kemanusiaan ICRC di Bandar Gaza.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button