Berita UtamaDunia

Tiada ‘garis merah’ untuk Israel teruskan pembunuhan di Gaza

AS sekutu terbesar akan pastikan Israel terus dapat apa yang dimahukan

WASHINGTON, 24 Rabiulakhir 1445H, Rabu – Negara penggerak jenayah perang Amerika Syarikat (AS) masih tidak meletakkan sebarang garis merah untuk Israel, yang telah membunuh lebih 10,000 nyawa dalam perang yang masih berterusan di Semenanjung Gaza.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara White House, John Kirby membuat kenyataan itu pada taklimat akhbar pada hari Selasa.

Pada akhir Oktober, pegawai itu menyataman pentadbiran AS tidak meletakkan sebarang garis merah untuk Israel walaupun kematian orang awam meningkat akibat perang.

Ketika ditanya dalam sidang akhbar, sama ada pentadbiran AS masih berpendirian untuk tidak meletakkan garis merah ke atas Israel. Dia mengakui dan menjawab, “Itu masih berjalan.”

“Ia juga benar bahawa serangan udara berterusan, dan juga benar bahawa orang awam terus mati akibat serangan udara ini,” katanya.

Kenyataan itu dibuat pada hari ke-32 perang pembunuhan beramai-ramai oleh rejim Israel ke atas Gaza yang terkepung.

Peperangan bermula selepas gerakan penentangan wilayah melancarkan serangan mengejut terhadap entiti pendudukan, yang digelar Operasi Taufan al-Aqsa, sebagai tindak balas terhadap kempen pertumpahan darah dan kemusnahan selama berdekad-dekad terhadap rakyat Palestin.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, jumlah kematian akibat pengeboman Israel yang membabi buta telah melebihi 10,300 orang, termasuk lebih 6,500 kanak-kanak dan wanita.

Setiausaha Agung PBB berkata, Semenanjung Gaza sedang bertukar menjadi ‘tanah perkuburan untuk kanak-kanak.’

Wartawan juga bertanya kepada Kirby sama ada AS telah membangkitkan prospek untuk menggantung atau mengurangkan bantuannya kepada Israel memandangkan jumlah korban yang semakin meningkat.

“Kami akan memastikan mereka terus mendapat apa yang mereka mahukan,” kata jurucakap itu.

Amerika Syarikat, sekutu terbesar dan tertua Israel, telah menyediakan beribu-ribu senjata kepada rejim sejak permulaan perang.

Khamis lalu, Dewan Perwakilan AS meluluskan pakej bantuan ketenteraan berjumlah AS$14.3 bilion untuk Israel. Undang-undang itu, bagaimanapun, belum diluluskan Dewan Negara.

Washington, yang menyokong serangan ganas Tel Aviv ke atas Gaza atas alasan ‘mempertahankan diri,’ juga telah mengeluarkan kuasa vetonya terhadap resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyeru rejim pendudukan untuk menghentikan pencerobohannya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button